Sunday, July 20, 2008

Tahniah dan Moga Bahagia

Selamat pengantin baru kepada adikku Nor Latipah,22 dan pasangannya, Razis,24..hee..ramai kwn2 saya bertanya,"abangnya bila lagi?!"..abangnya cool jaa..relaks arr..xkisah pun adik langkah bendul! malah itu yg dimahukan moga hidupnya punya teman yg diberkati dan terpelihara dari pujuk rayu syaitan yg pasti sukakan pasangan yg masih 'bukan mahram'. Kerana itulah nikah disyariatkan oleh Allah, selain dari beberapa sebab lain. Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin menyebut, ada sebahagian ulama berpendapat bahawa nikah itu lebih afdal dari berkhulwah semata-mata beribadat kepada Allah. Namun ada juga yang berpendapat sebaliknya( merujuk kepada kondisi sosial dan moral masyarakat pada zaman mereka).
hmm..sekarang beban yg dipikul di bahu ayah saya kini beralih kepada suaminya.
Mesti ada kwn2 yg mengeluh,"aik,ada kenduri kahwin kt rumah tak jemput kami noh!" hmm, mohon jutaan kemaafan, bukan tak nak jemput kwn2 tp saya sndiri tak berpeluang mkn knduri hr tu.so nnti xbest la klu kwn2 dtg saya tidak ada di rumah..alsebabnya, wktu itu saya berada di Jogjakarta, Indonesia. Ada program pertukaran pelajar antara fakulti Undang2 selama sebulan..tp insyaAllah, nnti tiba giliran si abang,anda akan dijemput. Doakan ya..
smoga kita yg masih bujang ni dipertemukan dgn pasangan yg soleh dan solehah dan dikurniakan zuriat yg baik2 sebagai penyambung mata rantai perjuangan generasi pewaris Rasulullah s.a.w.InsyaAllah, itulah yg diajar dalam firman-Nya dalam surah al-Furqan:25..smoga kita sentiasa melazimi doa tersebut.

No comments: