Monday, September 22, 2008

Penubuhan PERSADA Sebagai Platform Mahasiswa Kedah


“Apa habaq mahasiswa Kedah di seluruh dunia?Dah tau ka belum la ni kita dah ada NGO untuk mahasiswa anak Kedah?Jangan dok ghalit lagi, jom kita pakat-pakat amik tau menatang pa PERSADA ni..mengapa dan kenapa ia ditubuhkan?apa faedahnya untuk mahasiswa khususnya dan rakyat Kedah umumnya? Apa dan bagaimana yang kita buleh tolong PERSADA nih?Ni saya nak habaq mai, nak tolong promote bagi pihak jawatan kuasa Penaja PERSADA”

Baru-baru ini, sebuah badan NGO baru, yang dinamakan Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA) telah berjaya ditubuhkan hasil inisiatif sahabat-sahabat aktivis mahasiswa Kedah yang saya yakin didominasi oleh Saudara Faisal Mustafa dan sahabat-sahabat anak Kedah di UM. Tahniah atas usaha murni ini. Ini akan membuka lembaran baru dalam sejarah sumbangan bakti mahasiswa-mahasiswa dalam usaha untuk turut serta membangunkan negeri Jelapang Padi ini. Sudah pasti keprihatinan, kepekaan dan kesungguhan terhadap perpaduan rakyat, semangat integrasi, soal-soal kebajikan dan juga sumbangan serta khidmat bakti mereka kepada masyarakat di negeri Kedah akan menjadi fokus utama NGO baru ini.

Persatuan Mahasiswa Darul Aman atau ringkasannya PERSADA, ditubuhkan dibawah ikatan amanah dan dijadikan sebagai satu medium terbaik untuk mahasiswa-mahasiswa Kedah, sama ada yang berada di dalam dan juga di luar negara, menggagaskan dan memperluaskan peranan mereka hingga mencapai tahap yang optimum, demi kebaikan seluruh mahasiswa anak-anak Kedah dan masyarakat khususnya untuk rakyat negeri Kedah itu sendiri.PERSADA menaungi semua persatuan-persatuan mahasiswa dan pelajar negeri Kedah di setiap IPTA dan IPTS, persatuan mahasiswa dan pelajar di semua Institut Perguruan dan maktab, kolej-kolej, politeknik-politeknik, sama ada di dalam dan juga di luar Negara. Penubuhannya perlu disokong sepenuhnya kerana ia diharap mampu menjadi wadah kesatuan buat semua mahasiswa anak jati negeri tersebut.

PERSADA yang telah didaftarkan secara sah dan rasmi sebagai sebuah badan NGO yang bebas, turut menyertai gabungan badan-badan NGO seluruh negeri Kedah yang lebih dikenali sebagai WEHDAH.

Antara matlamat penubuhan PERSADA ini ialah untuk menganjurkan sebarang aktiviti kebajikan bagi mahasiswa-mahasiswa Kedah yang berada di dalam mahupun di luar negara. PERSADA juga bermatlamat untuk menjayakan dan melaksanakan kerja-kerja ke arah memaksimumkan pengupayaan mahasiswa dan masyarakat melalui peningkatan ilmu, kemahiran, pengalaman dan daya inisiatif untuk membangunkan mereka dengan nilai-nilai murni yang kondusif.

PERSADA turut bertujuan untuk mengadakan kerjasama dengan badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan di peringkat negeri dan juga nasional dalam usaha mencapai matlamatnya. Penubuhan PERSADA secara tuntasnya bertindak sebagai wadah yang dapat mengemblengkan tenaga, idea, gerak kerja dan usaha, seterusnya memacu mahasiswa Kedah di seluruh Malaysia dan di luar negara, untuk memberi dan mencurahkan khidmat bakti kepada masyarakat.

Menurut Presiden Penaja PERSADA, Mohd Faisal bin Mustaffa, dengan termaktubnya PERSADA ini sebagai badan NGO berdaftar, beliau berharap PERSADA dapat menjadi medan terbaik untuk mahasiswa-mahasiswa Kedah dari pelbagai kaum dan agama, sama ada di dalam dan di luar negara, berkumpul dan duduk di bawah naungan yang satu, iaitu PERSADA, demi penyatuan mahasiswa Kedah itu sendiri.

Beliau juga menegaskan bahawa melalui PERSADA jugalah mahasiswa dapat bergerak dengan lebih aktif untuk membantu masyarakat terutamanya di negeri Kedah, di atas nama sebuah badan NGO yang sah.

Hasrat beliau lagi agar PERSADA yang ditubuhkan atas dasar menyedari kepentingan hubungan keintelektualan mahasiswa dengan masyarakat, dalam mendepani arus sebenar dalam dunia masa kini, mendapat sokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak, bagi merealisasikan apa yang telah direncanakan.

Sunday, September 21, 2008

Ramadan bawa banyak kejayaan kepada ummah





DALAM menjalani ibadat puasa Ramadan, marilah kita merenung peristiwa penting dalam sejarah Islam yang berlaku pada bulan mulia ini. Ramadan yang dianugerahkan Allah dengan pelbagai keberkatan dan ganjaran ini, turut menyaksikan pelbagai peristiwa berlaku kepada diri dan keluarga Nabi Muhammad serta masyarakat Islam untuk dijadikan iktibar.


DALAM menjalani ibadat puasa Ramadan, marilah kita merenung peristiwa penting dalam sejarah Islam yang berlaku pada bulan mulia ini.Ramadan yang dianugerahkan Allah dengan pelbagai keberkatan dan ganjaran ini, turut menyaksikan pelbagai peristiwa berlaku kepada diri dan keluarga Nabi Muhammad serta masyarakat Islam untuk dijadikan iktibar.Peristiwa itu membawa pengertian besar kepada umat Islam, terutama membabitkan peperangan yang membuktikan betapa teguhnya keimanan umat Islam terdahulu dalam menegakkan agama suci ini.Ia membawa pengajaran besar bahawa dalam melaksanakan ibadat puasa, umat Islam perlu tabah mengharungi apa saja cabaran.


Puasa bukan bulan untuk berehat-rehat, bersenang-senang atau lalai melaksanakan kewajipan sebagai umat Islam. Umat Islam diingatkan sentiasa berwaspada menghadapi ancaman musuh.

Selain itu, Ramadan menyaksikan peristiwa duka kepada Rasulullah. Dalam menghadapi peristiwa itu, Baginda tabah sehingga tidak menjejaskan ibadat puasa.


Antara peristiwa berlaku pada Ramadan ialah ‘Ammul Hazan’ atau ‘tahun kedukaan’ iaitu pada Ramadan tahun ke-10 daripada kerasulan Nabi Muhammad.Bulan mulia itu menyaksikan kewafatan bapa saudara Baginda, Abu Talib, dan Ummul Mukminin Khadijah Khualid.


Pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah pula, untuk kali pertama, berlaku peperangan Badar al-Kubra antara kaum Muslimin dengan Musyrikin.Mengikut keterangan Ibn Hisyam, Rasulullah bersama pejuang Islam berangkat dari Madinah menuju ke Badar pada 8 Ramadan dan pada 17 Ramadan berlaku peperangan Badar al-Kubra. Perang itu menjadi titik awal kebangkitan kaum Muslimin ke atas kekuatan Musyrikin dan kesesatannya.


Pada tahun kedua Ramadan itu juga diwajibkan zakat fitrah.

Bulan Ramadan pada tahun kelima Hijrah pula adalah bulan persediaan tentera Muslimin menghadapi peperangan Khandak, salah satu peperangan terbesar pada zaman Rasulullah.Ia berlaku pada Syawal berikutnya dengan kemenangan tentera Muslimin.


Peristiwa meruntuhkan berhala Musyrikin terbesar dan termasyhur di sekitar kota Makkah oleh angkatan Islam turut berlaku pada Ramadan tahun ketujuh Hijrah.Pasukan tentera pimpinan Khalid ibni Walid menghancurkan patung ‘Uzza, Umar ibnu ‘Asy pula meruntuhkan patung Siswa' dan pasukan Saad ibni Zaid al-Asyahily memusnahkan patung Mana.


Pada 21 Ramadan tahun kelapan Hijrah, Allah memberikan nikmat kepada rasul-Nya dan kaum Muslimin dengan kejayaan menakluki kota Makkah.


Nabi Muhammad menghantar Ali Abi Talib dan angkatan kaum Muslimin ke negeri Yaman pada Ramadan tahun ke-10 Hijrah dan membawa bersama surat Baginda kepada penduduk di situ.Dalam satu hari saja, penduduk Yaman khususnya kabilah Hamdan memeluk Islam dan bersembahyang jemaah dengan Ali.Siti Fatimah, puteri Baginda yang juga isteri kepada Saidina Ali Abi Talib dan ibu kepada Hassan dan Hussain, wafat pada Ramadan tahun ke-11 Hijrah.


Ramadan tahun ke-11 Hijrah turut menyaksikan orang Musyrikin yang tewas dalam peperangan Badar membuat persiapan untuk menuntut kembali kekalahan mereka. Beberapa kabilah mereka bersatu pada bulan itu dan pada 7 Syawal berikutnya, tercetus peperangan Uhud.


Pada Ramadan yang sama, utusan kerajaan Hummir menemui Nabi Muhammad dan memaklumkan mengenai keislaman kerajaan itu. Baginda menyambutnya dengan penuh hormat.Rasulullah menyerahkan kepada satu catatan dan garis panduan mengenai hukum, hak dan kewajipan serta dasar daripada sejarah kemajuan dan perkembangan Islam kepada utusan itu.


Satu lagi peperangan berlaku pada Ramadan tahun ke-15 Hijrah. Dalam peperangan Qadisiah itu, orang Islam mendapat kemenangan daripada kerajaan Parsi.Kejayaan itu memberi erti cukup besar dan membolehkan bendera kedaulatan Islam berkibar di Parsi.


Pada 584 Hijrah, Salahuddin Al-Ayyubi mengalahkan tentera Salib dan membebaskan sebahagian besar negeri yang pernah dikuasai oleh pihak Salib (Kristian). Ketika tiba Ramadan, penasihat Salahuddin menyarankan beliau berehat kerana bimbang ajalnya tiba. Tetapi Salahuddin menjawab: "Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam.” Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas Benteng Shafad yang kuat. Peristiwa ini berlaku pada pertengahan Ramadan.


Pada 658 Hijrah, Kerajaan Mamalik mengalahkan dan menyekat kemaraan tentera Tartar Mongol di 'Ain Jalut. Peperangan ini berikutan jatuhnya Daulah Abbasiyyah, kota Baghdad yang ketika itu menjadi pusat perkembangan ilmu oleh tentera Tartar. Buku perpustakaan di Baghdad ditenggelamkan di Sungai Tigris untuk dijadikan jambatan. Dalam sejarah digambarkan betapa air Sungai Tigris ketika itu berwarna kehitam-hitaman kerana terlalu banyak dakwat larut. Demikianlah berakhirnya sebuah peradaban moden Islam di Baghdad. Umat Islam tidak berdiam diri membiarkan orang kafir merobekkan kemuliaan Islam. Penguasa Mesir ketika itu Saifuddin Quths menggerakkan pasukan Islam menuju ke Syam untuk menghalang tentera Mongol. Dua pasukan itu akhirnya bertemu di tempat bernama 'Ain Jalut (di Palestin). Sejarah mencatatkan pasukan Tartar ditumpaskan kaum Muslim di 'Ain Jalut.


Peristiwa lain yang dicatatkan oleh sejarah pada Ramadan ialah:
Tentera Islam pimpinan Umar ibnu Asy menyerang balas serangan tentera Mesir yang menyerang tentera Islam ketika bersembahyang Jumaat pada Ramadan tahun ke-19 Hijrah dan menang.


Khalifah keempat Khulafur-Rasyidin, Ali Abi Talib, ditikam curi ketika keluar dari rumahnya untuk berjamaah solat Subuh pada 15 Ramadan tahun ke-40 Hijrah dan wafat dua hari kemudian.


Tentera Islam mendarat di pantai selatan Andalus dan ditentang pengawal benteng pada Ramadan tahun ke-91 Hijrah. Setahun kemudian, Tariq bin Ziad mengetuai tentera Islam mengalahkan pasukan Raja Roderick.


Dipetik dari ramadan.emedia.com.my

Pagarilah Amalmu Dengan 4 Perkara

Perkara yang paling ditakuti oleh orang yang banyak beribadah dan beramal soleh ialah rosaknya amalan yang dilakukan. Penat lelah bangun malam, berqiyamullail, bersedekah, membela anak yatim dan miskin akhirnya menjadi sia-sia. Amalannya menjadi seperti debu yang ditiup angin. Di tolak oleh Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW :
“ Sesungguhnya Allah SWT itu baik dan Allah tidak akan menerima melainkan yang baik dari hambaNya”
Al Imam Al Habib As Saiyyid Muhammad ibn ‘Alawi al Maliki al Hasani telah menulis sebuah buku yang berjudul “Kasyf al Ghummah bi Istina’ al Ma’ruf wa Rahmah al Ummah” yang di dalamnya, mahaguru yang mulia ini telah membicarakan tentang luasnya peluang melaksanakan amal kebaikan dan besarnya kedudukan amal ma’ruf di sisi Allah. Pada mukaddimah tulisannya, al Habib Muhammad telah memberikan 4 panduan penting bagaimana memelihara amal dan memagarinya agar tidak menjadi sia-sia :



Pertama : Menutup dan menyembunyikannya daripada disebarkan kepada pengetahuan orang ramai. Berkata para ulama’ umat ini ; “Apabila kamu melakukan kebaikan, hendaklah kebaikan itu kamu sembunyikan dari manusia, tetapi apabila dilakukan kebaikan kepada kamu, maka hendaklah kamu sebarkannya”.

Tidak begitu penting sampai kepada manusia amal soleh yang kita lakukan kerana manusia tidak mampu memberikan apa-apa balasan terhadap amal kita. Sebaliknya, lakukan amalan kerana Allah SWT semata-mata kerana Allah sahaja yang mampu membalas kebaikan dan amal soleh yang kita lakukan.


Kedua : Memandang kebaikan dan amal yang kita lakukan itu dengan pandangan yang kecil supaya dapat mengelak dari sifat takabbur, ujub, riya’ dan sum’ah. Dalam panduan as Sunnah, kita dapati bahawa Rasulullah SAW menyuruh kita melihat orang lain lebih baik dan banyak amalan dalam urusan ibadah dan akhirat berbanding kita. Lalu timbul semangat ingin berlumba dalam melakukan kebaikan.
Dan jangan lupa membandingkan amalan kita dengan amalan salaf as saleh umat ini terutamanya dari kalangan generasi para sahabah. Mereka membelanjakan harta dalam keadaan mereka kekurangan harta. Mereka berkorban demi Islam di saat mereka sangat memerlukan pertolongan dan bantuan. Dengan sebab itulah Rasulullah SAW bersabda :
“ Demi Allah, jika kamu membelanjakan pada jalan Allah emas sebanyak gunung UHUD sekalipun, tidak akan sama dengan segenggam gandum yang dibelanjankan oleh sahabatKu”

Ketiga : Jangan sekali-kali mengungkit dan menyebut kebaikan yang kita lakukan di hadapan manusia akan kebaikan yang kita lakukan dan berasa ujub dengan apa yang dilakukan, kerana ia akan menggugurkan kesyukuran kepada Allah dan menghapuskan ganjaran yang diperolehi. Firman Allah SWT :

“Wahai orang-orang yang beriman! jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang Yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.” Surah Al Baqarah : 264


Keempat
: Tidak sedikit pun merasa hina dengan kebaikan yang telah dilakukan sekalipun sedikit kerana sedikit atau banyak kebaikan yang dilakukan adalah dengan taufiq dan pertolongan Allah jua. Mereka yang melakukan kebaikan adalah kerana mereka telah dipilih oleh Allah SWT untuk dihiasi peribadi mereka dengan amal soleh.


Dipetik dari Ustaz Yussaine Yahaya

Monday, September 15, 2008

LET'S WORK FOR A BETTER CHANGE

Being a student of IIUM, I am very proud with the noble vision and mission of the institutions. In relation to that, one of the IIUM’s main objectives is to produce leaders with globalistic views and capable of addressing ummatic issues. However, not many are alert of the ummatic issues surrounding them, especially pertaining to the conflicts and tribulations suffered by the other Muslim community on the other side of the globe.
Realising this fact, Ma’ruf Club, through the International Affairs Secretariat was taking a lead to organize a programme which would be able to act as a medium of information in providing the IIUM community with the current issues which are affecting the Muslim ummah; besides creating awareness on the important role they play as Muslim individuals.
The programme has given them a platform to express their views and ideas on the topic of the discussion and related issues as well as ways to overcome or to respond them, towards producing a victorious ummah. To have a progressive Islam is first to be a responsive Muslim individuals.



(...sharing the joy with student's activists from Philliphine and Bangladesh, they are the backbone of our programme)

Monday, September 8, 2008

ANNOUNCEMENT!!!

UMMATIC TALK
11th SEPTEMBER 2008 / THURSDAY
4.45pm – 6.45pm
EXPERIMENTAL HALL, IIUM
TOPIC:
COUNTERMEASURE TO ISLAMOPHOBIA POST SEPTEMBER 11:
‘REVIVING ISLAMIC MOVEMENTS AND MUSLIM INSTITUTIONS’

BY PROF. DR. THAMEEM UTHAMA
HEAD OF DEPARTMENT USULUDDIN AND COMPARATIVE RELIGION, IRKH

Food for IFTAR Provided!
Free Magazine for First 100 comers!
Come and Share Your Opinions..
“Youth of Today, Leaders of Tommorow”
Organised by
International Affairs Secretariat of MA’RUF CLUB, IIUM