Saturday, May 30, 2009

AKU, BABI DAN H1N1…

Ketika seluruh dunia mula digemparkan dengan virus H1N1 atau Influenza A, ketika itu juga aku diuji dengan demam, selsema dan batuk. Benar-benar seperti simptom H1N1 bukan? Kebetulan juga pada siangnya bagi mengisi hari minggu yang lapang, aku mengajak sahabat2 melawat zoo negara untuk kali pertama dalam hidup kami berempat. Semasa meninjau kepelbagaian jenis haiwan ciptaan Yang Maha Kuasa, tidak terlepas juga melalui kandang BABI dalam zoo tersebut. Sempat juga aku jenguk sihat ke tidak babi-babi itu dari jauh, sebelum sahabat2 mengajak untuk bergegas tinggalkan kawasan itu kerana takutkan babi-babi yang tidak bersalah itu.

Pada malamnya, aku mula didekati 'simptom2' itu. Mulalah seorang sahabat mengaitkan aku dengan babi-babi innocent di zoo tadi yang mungkin terbatuk2 kerana namanya disebut. Betulkah itu puncanya? Hari-hari berikutnya batuk ku semakin teruk lebih2 lagi bila berada di bawah penghawa dingin di pejabat.
Awal-awal pagi hari kedua ke pejabat, aku mohon izin dari bos untuk ke klinik swasta berdekatan dan dapatkan MC untuk hari itu. Doktor yg memeriksa aku tidak ada bezanya dengan doktor2 di klinik UIA yang sering diperkatakan. Setelah aku disuruh tarik nafas 5-6 kali sambil dia memeriksa suhu badanku, tak sampai empat minit, sudah siap dan aku tunggu untuk dapatkan ubat batuk, demam, selsema, antibiotic dan penahan muntah. Tidak ada sepatah perkataan pun keluar dari mulutnya untuk menasihatiku atau menyatakan kondisi kesihatanku. Maka aku pun merasakan sakit aku tidak ada kaitan dengan babi dan H1N1. Mungkin ia sakit biasa yang sering ku alami saban tahun, sebab itu doktor tersebut tidak melayan aku seperti pesakit yang serius.










PENAPISAN KESIHATAN DALAM PENERBANGAN KE SARAWAK

Walaupun belum sembuh, seperti yg telah lama dirancang, sehari dua selepas itu aku terbang ke Kuching, Sarawak untuk ke rumah kakakku.

Kini pemeriksaan dijalankan ke atas semua penumpang di kesemua lapangan terbang terutama untuk pelepasan antarabangsa bagi mengesan pembawa virus H1N1 atau yang mempunyai simptomnya. Ini yang merisaukan aku bila tiba di airport..

Dalam penerbangan itu, aku masih terbatuk-batuk. Ramai juga penumpang di sekeliling aku memakai topeng penutup hidung dan mulut (macam perli aku ja depa ni...). Aku semacam rasa bersalah kepada mereka. Seketika kemudian, semua penumpang diarahkan mengisi borang akuan kesihatan yg disediakan oleh Kementerian Kesihatan. Antara yg perlu diisi adalah sama ada penumpang mempunyai simptom H1N1 seperti batuk kuat.

"Maaf Encik Lukman, awak disyaki ada simptom H1N1. Kami terpaksa kuarantin encik. Sila keluar dari kapal terbang ini".

Namun bukan itu yang berlaku, ia hanya khayalan aku ketika itu. Takkanlah aku nak dicampak keluar dari kapal terbang yang sedang tinggi melangit itu..hehe.

Borang tersebut hanya dikumpulkan kembali setelah kami mendarat di Kuching. Di airport tersebut, hampir semua staff memakai topeng penutup hidung dan mulut. Sekali lagi aku rasa tak sedap hati takut2 diperiksa.

Namun Alhamdulillah, aku selamat pergi dan balik tanpa masalah. Walaupun sampai hari ini masih batuk tapi sekurang2nya aku boleh bersyukur kerana aku tidak ada kaitan dengan babi mahu pun H1N1. Wal'iyazubillah…mohon perlindungan dari Allah. Tajuk di atas hanya provokasi semata2, tidak ada kaitan melainkan babi dengan H1N1 yang terbukti berkait rapat.
Terima kasih kerana membaca..hahaa..

No comments: