Sunday, May 31, 2009


ASPIRASI PEMUDA

Kali ini saya ingin berkongsi mutiara penulisan Imam Hassan Al-Banna dengan sahabat-sahabat golongan belia iaitu mereka yang berumur di antara 18 tahun hingga 40 tahun. Berikut adalah ringkasan daripada buku tulisan tokoh gerakan Islam ini yang bertajuk “Wahai Pemuda”. Semoga ia mampu menyuburkan ideologi dan idealisma pemuda Islam pecinta pejuangan memartabatkan Islam di kalangan muda-mudi penentu masa depan bangsa, negara dan agama.

“Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaan yang mendorong mereka ke arah berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Keempat-empat rukun tersebut; keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan adalah merupakan ciri-ciri utama pemuda.


Kesimpulan ini ialah kerana asas keimanan itu ialah hati yang cerdik; asas keikhlasan ialah sanubari yang jernih dan bersih, dan asas semangat insan ialah perasaan yang segar mekar; manakala asas bagi setiap tindakan pula ialah keazaman yang gagah lagi tabah.

Itulah sebabnya maka angkatan pemuda, sejak dahulu hingga sekarang, tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-mana kebangkitan; malahan angkatan pemuda jugalah yang menjadi barisan pengjulang panji-panji bagi sesuatu fikrah perjuangan.”


Allah berfirman;
إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى
“Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(Kahfi:13)”.

“Dengan kesimpulan inilah maka kamu, angkatan pemuda akan menghadapi kewajipan yang bertambah banyak, tugas yang semakin besar, tuntutan-tuntutan umat yang kian berlipatganda; malah dari sinilah maka amanah yang dipikulkan ke atas bahu kamu itu akan menjadi bertambah berat.”

Pemuda adalah harapan ummat untuk mengembalikan kegemilangan dan ketuanan Islam. Mereka perlu:
· fikir tentang ummat lebih banyak dari fikir untuk diri sendiri.
· faham dakwah yang betul

Dakwah kurun ke 15 Hijrah.
· Hanya satu dakwah yang boleh menyelamat manusia - ISLAM (5:3) manusia sedang menunggu-nunggu.
· Ianya perlukan pengorbanan (Rujuk Kisah-kisah Sirah Nabi dan Sahabat)
· Fikrah Islam hendaklah tulen (tanpa seleweng , tambah atau kurang). (3:85) Musuh telah cuba merosakkan Islam beberapa lama.

Tugas kita sebagai pemuda:
· Menceritakan hakikat Islam dengan jelas(teori).
· Mengajak beramal dengan Islam yang syumul (amali).
· Menjadikan Al-Quran & Sunnah rujukan utama.
· Berjuang terus hingga mati.
· Slogan kita : ‘Allah matlamat - Rasul Ikutan - Quran perlembagaan - Jihad jalan & Mati syahid cita-cita tertinggi’.
· Berkeyakinan diri ; kita adalah 'tuan' di bumi ini. Kemenangan adalah milik kita.

Titik kekuatan:
· Iman
· Ukhuwwah
· Zahir (Tubuh badan, senjata, peralatan, pengurusan dan sebagainya)
Program kita:
· Individu Muslim
· Rumahtangga Muslim
· Ummat Islam
· Kerajaan Islam
· Watan Islam (Tanahair)
· Menawan balik negeri Islam yang dirampas.
· Menjadi pemerintah dunia.

Lain-lain
· Disangka angan-angan oleh manusia. Siapa tidak bekerja ke arah ini maka sila cari cara lain.
· Kita bukan lemah (3:173)
· Kita tidak akan memisahkan agama dan negara, solat dan masyarakat dll.
· Islam adalah sistem yang sempurna.
· Mengapa orang sangat memperelokkan solat tetapi melalaikan bidang Islam yang lain?
· Orang Islam ialah: Pendita di malam hari dan satria di siangnya.
· Kita tidak mengabaikan negara dan bangsa kita tapi semua kerana Iman.
· Kebangsaan kita adalah semua negara Islam.
· Kita hendaklah maju dalam semua perkara kerana kemunduran akan merosakkan kita.
· Hendaklah melepaskan dari sebarang fahaman lain selain Islam.
· Hendaklah memperuntukkan seluruh tenaga dan masa untuk akidah ini.
· Kita akan capai antara 2 kebaikan: Menang atau Syahid.
· Siapa yang masih teragak-teragak dan berdolak dalih, tentera Allah akan terus berjalan meninggalkannya tanpa mengira sedikit atau ramai (3:126)

No comments: