Tuesday, October 14, 2008



Puasa Sunat Syawal

Oleh DR. ABDUL BASIT ABD. RAHMAN


Puasa adalah satu ibadah yang besar keutamaannya. Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, Allah SWT berfirman (dalam hadis Qudsi) yang bermaksud: Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu)”.

(Rasulullah menjelaskan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi. (Sahih Muslim no: 1151)



Selain hadis di atas, terdapat banyak hadis lain yang menerangkan keutamaan puasa sunat.
Abu Said Al-Khudri r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun. (Sahih al-Bukhari no: 2840) Di antara puasa sunat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal.


Dalil puasa sunat Syawal


Abu Ayyub Al-Ansari r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun. (Sahih Muslim hadis no: 1164].
Di dalam hadis ini Rasulullah menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa setahun.


Para ulama menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa enam hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari.


Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah SWT maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.



Hikmah puasa sunat Syawal



Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadan antaranya menyebabkan sistem pencernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan.


(...Ketika menyambut Syawal, pantang ada makanan di depan mata, semua mahu disumbat ke mulut. Akibatnya, badan mungkin tidak lagi sekuat dan serajin ketika Ramadhan untuk melakukan ibadah..)

Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberi ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.



Selain itu, sebagai manusia yang menjadi hamba Allah, alangkah baik seandainya amalan puasa yang wajib pada bulan Ramadan ini kita teruskan di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari.
Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk taqarrub (mendekatkan diri) kepada tuhannya. Sebab itulah kata ulama: “Betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadan, sedangkan pada bulan lain Allah SWT dilupai”.

Sunday, October 12, 2008


Perginya seorang sahabat...

ZUMRATULLAH BIN ZAKARIA
25 TAHUN
SEMESTER AKHIR, KULLIYYAH UNDANG-UNDANG UIAM
KAMPUNG TANJUNG CHAT, KOTA BHARU, KELANTAN


Innalillahi wa inna ilaihi raaji'uun



Ini adalah catatan dari rakan kamar saya, sdr. zukhairi salehudin. Oleh kerana tidak berkesempatan untuk menulis, maka saya paparkan catatan ini, dengan keizinanan darinya.


detail mengenai kemalangan yang saya paparkan ini adalah daripada abg ipar Allahyarham Zumratullah serta farah sendiri. segala detail ini telah mendapat kebenaran pihak terbabit. tujuannya adalah untuk mengelakkan sebarang spekulasi atau fitnah kepada yang terlibat terutamanya kepada arwah sendiri.

(...satu-satunya gambar saya bersama Arwah yang saya simpan..)

Two people were killed while two others were seriously injured when the car they were in skidded and plunged into a ravine at Km 38 Jalan Gua Musang-Kuala Krai at 4am today.
The dead were the car driver identified as Zumratullah Zakaria, 25, from Kampung Tanjung Chat, Kota Baru....
(
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/NewsBreak/20080926182819/Article/index_html)

tanggal 26 ramadhan, kurang lebih 4 a.m, saya kehilangan seorang sahabat bernama zumratullah bin zakaria. arwah merupakan antara orang pertama yang saya kenali ketika menjejakkan kaki ke taman ilmu dan budi, uiam ni. arwah sama-sama merupakan pelajar direct intake i.e. bukan lepasan matrik uiam ketika itu. Allahyarham juga merupakan sahabat sebilik ketika tahun 1, 3 dan 4.berikut saya ceritakan sedikit kronologi peristiwa yang saya alami sepanjang pagi jumaat sehingga malamnya..

MALAM SEBELUM KEJADIAN


sesudah bersolat tarawih, saya bersama-sama Allahyarham menonton forum perdana hal ehwal islam (dirakam di uiam). tak banyak yang kami bualkan. saya seperti biasa menjadi pengulas kepada perbincangan manakala Allahyarham pada malam tersebut lebih banyak mendengar dan berdiam.
"...Allahyarham pada malam tersebut lebih banyak mendengar dan berdiam."
di bilik, sementara arwah menunggu rakannya untuk pulang ke kelantan bersama-sama, Allahyarham berbaring di common area bilik kami. sudah terdetik juga di hati saya akan kelainan sahabat saya malam tu. kebiasaannya, sebelum2 ni jika arwah nak balik ke kelantan, dia amat ceria, bergurau2 dengan kami sebilik. tapi malam tersebut agak lain. Allahyarham berbaring, mukanya seolah-olah resah, penat dan seolah2 dia ingin menyatakan sesuatu, cuma tak mampu.


terpacul di mulutnya "malas la nak drive malam ni"
saya membalas, "takyahla drive.masuk2 kereta, tidur la"
Allahyarham menjawab, "kalau tak drive, sapa yang nak drive?"
saya berjenaka, "takyah balikla zum. balik sok ja"
Allahyarham, "eh, kene balik jugak malam ni"


kemudian, lukman (ex-vice president lawsoc) pulang ke bilik kami. kami berbual2 sebentar. dalam kurang lebih pukul 10.15 p.m. arwah pun bersalam-salaman dengan kami dan meninggalkan bilik untuk memulakan perjalanan ke kelantan.

BERITA YANG MENGEJUTKAN

saya terjaga dalam pukul 4.30 a.m. telefon lukman kerap berdering. tapi lukman tidak menjawab. bukan sebab tak sedar, cuma malas. pada sangkaannya sahabat kami tan chien liang mengejutnya bersahur. dalam pukul 5 a.m., pintu bilik kami diketuk dengan kuat. lukman membuka pintu dan saya keluar dari compartment saya. kawan kami syahril(kawan baik arwah) menangis-nangis depan bilik kami. saya bertanya kenapa?
"zum dah meninggal keri..."


saya dan lukman terkejut.saya ulangi pertanyaan yang sama dan saya mendapat jawapan yang sama. syahril datang ke bilik kami untuk mencari sapa2 yang boleh kami contact untuk memberitahu parents arwah tentang berita ini. pihak polis tidak dapat menghubungi keluarga Allahyarham pagi tu. tapi kami gagal menjumpai apa2 di compartment arwah..
saya cuba menenangkan diri, membersihkan diri dan bersolat sunat sebentar. kemudian saya bergegas ke bilik syahril bagi mencari penjelasan lanjut. confirm, zum telah meninggal dalam kemalangan di gua musang... saya sendiri tidak dapat menahan air mata saya daripada meleleh keluar..semua kenangan seolah-olah dimain semula di kotak pemikiran saya.



PLAN KE KELANTAN

lukman dan tan chien liang bergegas ke klia mencari2 jika ada tiket kapal terbang yang masih available. saya menghubungi kakak saya di KB bertanya apa alternatif yang ada untuk ke kelantan pada saat2 akhir. selepas subuh, bilik kami mula dikunjungi sahabat-sahabat lain (sajak, hud, judin, faiz omar, hafizbad, weir etc.) kami berbincang untuk pergi ziarah. akhirnya bilik saya dikunjungi staf mahallah dan beliau memaklumkan kepada saya untuk berbincang dengan asst manager mahallah ali.



saya terus ke ofis dan bertanya jika ada kemungkinan untuk pihak uia menyediakan bas atau van. akhirnya, dengan bantuan abg saiful (asst. manager), sebuah bas kecil berjaya didapati. saya terus menghubungi beberapa rakan. dipendekkan cerita, daripada belasan orang yang ingin turut serta, hanya 8 orang sahaja yang confirm dapat bersama ke rumah Allahyarham. terima kasih kerana sudi bersama. (hud, hailme, izwadi, syaf, am, lee, iki, saya). lukman telah pergi dahulu bersama tan chien liang menaiki kereta.


PERJALANAN

tepat pukul 12, kami bertolak dengan menaiki van ke kelantan. sepanjang perjalanan, ada sahabat2 yang cuba menceriakan sedikit suasana. maklumlah, perjalanan jauh. walaupun kadang-kadang saya turut sama tersenyum dan tergelak, tapi hampir keseluruhan waktu perjalanan saya menahan rasa sedih dan sebak. alhamdulillah kami tiba di rumah Allahyarham dekat2 jam 10 mlm. Allahyarham telah selamat dikebumikan selepas jumaat. kami tidak berkesempatan untuk bersama-sama mengebumikan jenazah.


KEMALANGAN

abang ipar Allahyarham, abg amir, menyambut kami. abg amir menerangkan bagaimana kejadian berlaku..saya juga telah mendapat cerita dari pihak farah sendiri.. memang ada perbezaan dengan apa yang dilaporkan di dada akhbar. sebabnya??? maka inilah yang berlaku:kereta dipandu: perdana v6bertolak dari uia: lebih kurang 10 lebih(malam)insan yang terlibat: Allahyarham zumratullah, Allahyarham elyni(adik farah), farah dan ibunya(mummy).tempat kemalangan: felda chiku 2, gua musangwaktu kemalangan: kurang lebih 3-4 pagiAllahyarham zumratullah memandu kereta tersebut dan berhenti di merapoh untuk makan. ketika ini menurut farah dan mummy, arwah kelihatan pucat. apabila ditanya, Allahyarham hanya menjawab tidak ada ape2.

Allahyarhamtidak makan apa2 sebaliknya hanya meneguk segelas air suam.perjalanan disambung semula dan Allahyarham masih lagi memandu. kemudian mereka berhenti di sebuah stesen minyak kerana Allahyarham ingin ke toilet. di sinilah kemudiannya merekar bertukar memandangkan farah melihat zum agak ngantuk dan penat. zum meminta izin untuk tidur kerana terlalu mengantuk tetapi Allahyarham elyni mengajak Allahyarham zumratullah berbual2..
menurut farah, setelah seketika memandu, farah memang berasa mengantuk dan memang berniat untuk berhenti. namun sudah dicaturkan sebegitu..kejadian berlaku bermula apabila kereta tersebut melanggar tembok jalan dan terbabas ke dalam ladang kelapa sawit. kereta tersebut berpusing2 360 darjah dan berhenti di sebuah batu yang menahan kereta tersebut dari terus berpusing. farah sedar ketika kereta itu sedang berpusing, cuma dia dalam keadaan tertanya-tanya.
setelah kereta berhenti, sememangnya tidak ada sape2 lagi dalam kereta. farah memanggil2 mummy, adiknya dan zum. hanya mummy sahaja yang menyahut. farah berusaha keluar dari kereta dan menarik cermin kereta yang sudahpun retak.di luar, farah melihat, Allahyarham adiknya terhimpap di bawah kereta, Allahyarham zum tidak kelihatan dan tidak menyahut.

farah berusaha menuju ke jalan raya dan melambai-lambai ke setiap kenderaan yang lalu untuk meminta pertolongan. tiada satu pun kenderaan yang lalu berhenti sehinggalah sebuah kereta dinaiki 5 orang lelaki muda berhenti(menurut abg ipar Allahyarham zum, mereka adalah askar)5 orang insan yang baik hati ini membantu memapah dan mencari Allahyarham zumratullah. ketika ini, farah diberitahu Allahyarham masih hidup lagi. apabila ambulan sampai, mummy dan farah dibawa masuk ke dalam ambulan tetapi tidak Allahyarham zumratullah dan Allahyarham elyni.. pada saat ini, farah dan mummy mengerti bahawa kedua-duanya sudah kembali ke rahmatullah.(innalillah....)



KECEDERAAN

Allahyarham zumratullah cedera di kepala. dari luarannya hanya 2 kecederaan yang jelas kelihatan ie bengkak di atas mata sebelah kiri dan luka yang panjang dari atas kepala ke belakang kepala.farah mengalami kecederaan luka seluruh tgn kiri dan separuh lengan sbb tertusuk cermin2 yg ditarik. luka yang dalam di dahi sebelah kanan di bahagian anak rambut. selain itu, kecederaan di pinggang akibat terkena kaca dan sakit2 badan akibat dari hentakan2 semasa kereta berpusing upside down.mummy pula patah tulang bahu belah kiri, lebam2 seluruh badan terutamanya bawah peha kiri yg pecah darah dah terseret kulit. kecederaan di kepala dan tidak boleh bangun sendiri akibat badan yg terhentak2 semasa kereta berpusing.


PENGURUSAN JENAZAH

Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan rumahnya. sewaktu Allahyarham di hospital gua musang, saya dimaklumkan segala urusan jenazah telah diuruskan oleh en. marzuki (ayah farah). pihak keluarga arwah berbesar hati dan mengucapkan terima kasih...


WAKIL

saya diamanahkan untuk menyampaikan salam takziah daripada sahabat-sahabat aikol, lawsoc, mrc mahallah ali serta pihak pengurusan mahallah ali. saya turut memaklumkan kepada mak dan ayah Allahyarham bahawa arwah adalah seorang yang sangat baik... tuhan sahaja yang tau macam mana sukarnya saya menahan air mata saya. (ada orang dah pesan supaya saya jangan menangis depan keluarga Allahyarham) kepada sahabat-sahabat yang mengirim sumbangan kepada saya, ayah Allahyarham mengucapkan terima kasih atas sumbangan.



HARAPAN


saya berharap sahabat-sahabat dapat berdoa bersama-sama agar roh Allahyarham zumratullah dan Allahyarham elyni(saya dimaklumkan arwah berumur 5 tahun) ditempatkan di kalangan soleheen. sama-sama kita bantu sahabat kita terutamanya farah agar dia dapat terus tabah n kuat menjalani hari2 mendatang.



PENGAJARAN

buat diri saya dan sahabat2, kita beraqidah. kita yakin al-quran adalah kalam Allah. segala yang terkandung dalamnya adalah benar. maka kita juga mengimani bahawa maut itu satu yang pasti. hanya Dia yang mengetahui hikmah di sebalik sesuatu. ajal tidak mengira usia. rapatkanlah dirimu denganNya, moga-moga apabila sampai waktu kita nanti, kita sudah bersedia...ini sahaja yang mampu saya kongsikan.saya berharap penjelasan ini dapat mengelakkan kita membuat sebarang tokok tambah, fitnah dan sebagainya. lebih2 lagi sahabat kita sudah tiada.



Posted by muhammad zukhairi at 11:33 PM
Saturday, September 27, 2008
http://zukhairi-salehudin.blogspot.com/

Friday, October 10, 2008

STRENGTHENING THE STUDENT'S ROLES

Alhamdulillah, finally I, with the helps of my dedicated committee members, have successfully organized another Ummatic Talk, being the last programme for International Affairs Secretariat of Ma'ruf Club 2007/2008. It thus completes the series of Ummatic Talk scheduled for my tenureship. They are three alltogether, with different topics and methods of discussion and definitely with different speakers.


The last version of Ummatic Talk has been held in a form of a forum.

It has successfully attracted many international students to attend and participate actively during the Q&A sessions.

Wednesday, October 8, 2008

Monday, October 6, 2008

Monday, September 22, 2008

Penubuhan PERSADA Sebagai Platform Mahasiswa Kedah


“Apa habaq mahasiswa Kedah di seluruh dunia?Dah tau ka belum la ni kita dah ada NGO untuk mahasiswa anak Kedah?Jangan dok ghalit lagi, jom kita pakat-pakat amik tau menatang pa PERSADA ni..mengapa dan kenapa ia ditubuhkan?apa faedahnya untuk mahasiswa khususnya dan rakyat Kedah umumnya? Apa dan bagaimana yang kita buleh tolong PERSADA nih?Ni saya nak habaq mai, nak tolong promote bagi pihak jawatan kuasa Penaja PERSADA”

Baru-baru ini, sebuah badan NGO baru, yang dinamakan Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA) telah berjaya ditubuhkan hasil inisiatif sahabat-sahabat aktivis mahasiswa Kedah yang saya yakin didominasi oleh Saudara Faisal Mustafa dan sahabat-sahabat anak Kedah di UM. Tahniah atas usaha murni ini. Ini akan membuka lembaran baru dalam sejarah sumbangan bakti mahasiswa-mahasiswa dalam usaha untuk turut serta membangunkan negeri Jelapang Padi ini. Sudah pasti keprihatinan, kepekaan dan kesungguhan terhadap perpaduan rakyat, semangat integrasi, soal-soal kebajikan dan juga sumbangan serta khidmat bakti mereka kepada masyarakat di negeri Kedah akan menjadi fokus utama NGO baru ini.

Persatuan Mahasiswa Darul Aman atau ringkasannya PERSADA, ditubuhkan dibawah ikatan amanah dan dijadikan sebagai satu medium terbaik untuk mahasiswa-mahasiswa Kedah, sama ada yang berada di dalam dan juga di luar negara, menggagaskan dan memperluaskan peranan mereka hingga mencapai tahap yang optimum, demi kebaikan seluruh mahasiswa anak-anak Kedah dan masyarakat khususnya untuk rakyat negeri Kedah itu sendiri.PERSADA menaungi semua persatuan-persatuan mahasiswa dan pelajar negeri Kedah di setiap IPTA dan IPTS, persatuan mahasiswa dan pelajar di semua Institut Perguruan dan maktab, kolej-kolej, politeknik-politeknik, sama ada di dalam dan juga di luar Negara. Penubuhannya perlu disokong sepenuhnya kerana ia diharap mampu menjadi wadah kesatuan buat semua mahasiswa anak jati negeri tersebut.

PERSADA yang telah didaftarkan secara sah dan rasmi sebagai sebuah badan NGO yang bebas, turut menyertai gabungan badan-badan NGO seluruh negeri Kedah yang lebih dikenali sebagai WEHDAH.

Antara matlamat penubuhan PERSADA ini ialah untuk menganjurkan sebarang aktiviti kebajikan bagi mahasiswa-mahasiswa Kedah yang berada di dalam mahupun di luar negara. PERSADA juga bermatlamat untuk menjayakan dan melaksanakan kerja-kerja ke arah memaksimumkan pengupayaan mahasiswa dan masyarakat melalui peningkatan ilmu, kemahiran, pengalaman dan daya inisiatif untuk membangunkan mereka dengan nilai-nilai murni yang kondusif.

PERSADA turut bertujuan untuk mengadakan kerjasama dengan badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan di peringkat negeri dan juga nasional dalam usaha mencapai matlamatnya. Penubuhan PERSADA secara tuntasnya bertindak sebagai wadah yang dapat mengemblengkan tenaga, idea, gerak kerja dan usaha, seterusnya memacu mahasiswa Kedah di seluruh Malaysia dan di luar negara, untuk memberi dan mencurahkan khidmat bakti kepada masyarakat.

Menurut Presiden Penaja PERSADA, Mohd Faisal bin Mustaffa, dengan termaktubnya PERSADA ini sebagai badan NGO berdaftar, beliau berharap PERSADA dapat menjadi medan terbaik untuk mahasiswa-mahasiswa Kedah dari pelbagai kaum dan agama, sama ada di dalam dan di luar negara, berkumpul dan duduk di bawah naungan yang satu, iaitu PERSADA, demi penyatuan mahasiswa Kedah itu sendiri.

Beliau juga menegaskan bahawa melalui PERSADA jugalah mahasiswa dapat bergerak dengan lebih aktif untuk membantu masyarakat terutamanya di negeri Kedah, di atas nama sebuah badan NGO yang sah.

Hasrat beliau lagi agar PERSADA yang ditubuhkan atas dasar menyedari kepentingan hubungan keintelektualan mahasiswa dengan masyarakat, dalam mendepani arus sebenar dalam dunia masa kini, mendapat sokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak, bagi merealisasikan apa yang telah direncanakan.

Sunday, September 21, 2008

Ramadan bawa banyak kejayaan kepada ummah





DALAM menjalani ibadat puasa Ramadan, marilah kita merenung peristiwa penting dalam sejarah Islam yang berlaku pada bulan mulia ini. Ramadan yang dianugerahkan Allah dengan pelbagai keberkatan dan ganjaran ini, turut menyaksikan pelbagai peristiwa berlaku kepada diri dan keluarga Nabi Muhammad serta masyarakat Islam untuk dijadikan iktibar.


DALAM menjalani ibadat puasa Ramadan, marilah kita merenung peristiwa penting dalam sejarah Islam yang berlaku pada bulan mulia ini.Ramadan yang dianugerahkan Allah dengan pelbagai keberkatan dan ganjaran ini, turut menyaksikan pelbagai peristiwa berlaku kepada diri dan keluarga Nabi Muhammad serta masyarakat Islam untuk dijadikan iktibar.Peristiwa itu membawa pengertian besar kepada umat Islam, terutama membabitkan peperangan yang membuktikan betapa teguhnya keimanan umat Islam terdahulu dalam menegakkan agama suci ini.Ia membawa pengajaran besar bahawa dalam melaksanakan ibadat puasa, umat Islam perlu tabah mengharungi apa saja cabaran.


Puasa bukan bulan untuk berehat-rehat, bersenang-senang atau lalai melaksanakan kewajipan sebagai umat Islam. Umat Islam diingatkan sentiasa berwaspada menghadapi ancaman musuh.

Selain itu, Ramadan menyaksikan peristiwa duka kepada Rasulullah. Dalam menghadapi peristiwa itu, Baginda tabah sehingga tidak menjejaskan ibadat puasa.


Antara peristiwa berlaku pada Ramadan ialah ‘Ammul Hazan’ atau ‘tahun kedukaan’ iaitu pada Ramadan tahun ke-10 daripada kerasulan Nabi Muhammad.Bulan mulia itu menyaksikan kewafatan bapa saudara Baginda, Abu Talib, dan Ummul Mukminin Khadijah Khualid.


Pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah pula, untuk kali pertama, berlaku peperangan Badar al-Kubra antara kaum Muslimin dengan Musyrikin.Mengikut keterangan Ibn Hisyam, Rasulullah bersama pejuang Islam berangkat dari Madinah menuju ke Badar pada 8 Ramadan dan pada 17 Ramadan berlaku peperangan Badar al-Kubra. Perang itu menjadi titik awal kebangkitan kaum Muslimin ke atas kekuatan Musyrikin dan kesesatannya.


Pada tahun kedua Ramadan itu juga diwajibkan zakat fitrah.

Bulan Ramadan pada tahun kelima Hijrah pula adalah bulan persediaan tentera Muslimin menghadapi peperangan Khandak, salah satu peperangan terbesar pada zaman Rasulullah.Ia berlaku pada Syawal berikutnya dengan kemenangan tentera Muslimin.


Peristiwa meruntuhkan berhala Musyrikin terbesar dan termasyhur di sekitar kota Makkah oleh angkatan Islam turut berlaku pada Ramadan tahun ketujuh Hijrah.Pasukan tentera pimpinan Khalid ibni Walid menghancurkan patung ‘Uzza, Umar ibnu ‘Asy pula meruntuhkan patung Siswa' dan pasukan Saad ibni Zaid al-Asyahily memusnahkan patung Mana.


Pada 21 Ramadan tahun kelapan Hijrah, Allah memberikan nikmat kepada rasul-Nya dan kaum Muslimin dengan kejayaan menakluki kota Makkah.


Nabi Muhammad menghantar Ali Abi Talib dan angkatan kaum Muslimin ke negeri Yaman pada Ramadan tahun ke-10 Hijrah dan membawa bersama surat Baginda kepada penduduk di situ.Dalam satu hari saja, penduduk Yaman khususnya kabilah Hamdan memeluk Islam dan bersembahyang jemaah dengan Ali.Siti Fatimah, puteri Baginda yang juga isteri kepada Saidina Ali Abi Talib dan ibu kepada Hassan dan Hussain, wafat pada Ramadan tahun ke-11 Hijrah.


Ramadan tahun ke-11 Hijrah turut menyaksikan orang Musyrikin yang tewas dalam peperangan Badar membuat persiapan untuk menuntut kembali kekalahan mereka. Beberapa kabilah mereka bersatu pada bulan itu dan pada 7 Syawal berikutnya, tercetus peperangan Uhud.


Pada Ramadan yang sama, utusan kerajaan Hummir menemui Nabi Muhammad dan memaklumkan mengenai keislaman kerajaan itu. Baginda menyambutnya dengan penuh hormat.Rasulullah menyerahkan kepada satu catatan dan garis panduan mengenai hukum, hak dan kewajipan serta dasar daripada sejarah kemajuan dan perkembangan Islam kepada utusan itu.


Satu lagi peperangan berlaku pada Ramadan tahun ke-15 Hijrah. Dalam peperangan Qadisiah itu, orang Islam mendapat kemenangan daripada kerajaan Parsi.Kejayaan itu memberi erti cukup besar dan membolehkan bendera kedaulatan Islam berkibar di Parsi.


Pada 584 Hijrah, Salahuddin Al-Ayyubi mengalahkan tentera Salib dan membebaskan sebahagian besar negeri yang pernah dikuasai oleh pihak Salib (Kristian). Ketika tiba Ramadan, penasihat Salahuddin menyarankan beliau berehat kerana bimbang ajalnya tiba. Tetapi Salahuddin menjawab: "Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam.” Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas Benteng Shafad yang kuat. Peristiwa ini berlaku pada pertengahan Ramadan.


Pada 658 Hijrah, Kerajaan Mamalik mengalahkan dan menyekat kemaraan tentera Tartar Mongol di 'Ain Jalut. Peperangan ini berikutan jatuhnya Daulah Abbasiyyah, kota Baghdad yang ketika itu menjadi pusat perkembangan ilmu oleh tentera Tartar. Buku perpustakaan di Baghdad ditenggelamkan di Sungai Tigris untuk dijadikan jambatan. Dalam sejarah digambarkan betapa air Sungai Tigris ketika itu berwarna kehitam-hitaman kerana terlalu banyak dakwat larut. Demikianlah berakhirnya sebuah peradaban moden Islam di Baghdad. Umat Islam tidak berdiam diri membiarkan orang kafir merobekkan kemuliaan Islam. Penguasa Mesir ketika itu Saifuddin Quths menggerakkan pasukan Islam menuju ke Syam untuk menghalang tentera Mongol. Dua pasukan itu akhirnya bertemu di tempat bernama 'Ain Jalut (di Palestin). Sejarah mencatatkan pasukan Tartar ditumpaskan kaum Muslim di 'Ain Jalut.


Peristiwa lain yang dicatatkan oleh sejarah pada Ramadan ialah:
Tentera Islam pimpinan Umar ibnu Asy menyerang balas serangan tentera Mesir yang menyerang tentera Islam ketika bersembahyang Jumaat pada Ramadan tahun ke-19 Hijrah dan menang.


Khalifah keempat Khulafur-Rasyidin, Ali Abi Talib, ditikam curi ketika keluar dari rumahnya untuk berjamaah solat Subuh pada 15 Ramadan tahun ke-40 Hijrah dan wafat dua hari kemudian.


Tentera Islam mendarat di pantai selatan Andalus dan ditentang pengawal benteng pada Ramadan tahun ke-91 Hijrah. Setahun kemudian, Tariq bin Ziad mengetuai tentera Islam mengalahkan pasukan Raja Roderick.


Dipetik dari ramadan.emedia.com.my